Sunday, March 18, 2012

Tiket saya


Kisah Cik YY.

Cik YY ni nak balik kampung, cuti sebulan. Fuh dia punya semangat, dah tempat tiket flight awal awal lagi.

Tapi duk sibuk dengan kerja, dia tak sedar flight dia esok. Dengan serba tak lengkapnya, sok tu dia pi la airport. Tengah duk kalut terlambat, tiket pulak tak jumpa. aishhh, tertinggal rupanya!

Haru betul. Beli tiket mahal mahal, untuk cuti sebulan tapi.. hmm babai airplane :(

Boleh jadi je Cik YY tu kita kan?

Semalam disoal.

'Apa tiket ke syurga?'

Ramai yang jawab,
-kalimah shahadah
-jadi orang Islam

'Kalau dah mengucap dua kalimah shahadah, dah jadi orang Islam, bertahun tahun lagi tu tapi sepanjang tempoh bertahun tahun tu tak 'bawa bersama' pun erti shahadah dan islam dalam hidup, do you think you are allowed to enter the heaven?'

Hmm.tiket dah tertinggal, macam mana nak masuk?

Sanggup ke babai syurga?kalau tak ke syurga, ke mana lagi selain neraka?

Guys, jom kita sama sama melangkah dengan islam, bernafas dengan shahadah, berdiri dengan sedar bahawa we are moslem :) bawalah tiket tu ke mana mana. Islam is not only at mosque or musolla.it is in our heart.

Ada seorang hamba Allah ni cakap, 'kalau boleh tengok cell kita under microscope, make sure that each of the cell is labelled 'ISLAM'.

'Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan...' [2:208]

p/s: kalau dah couple, takkan ada couple islamic kecuali sebelumnya didahulukan dengan akad. yang haq takkan sesekali bercampur dengan batil. syurga tak mungkin bergabung dengan neraka.

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..


Tuesday, February 28, 2012

Nak mengeluh?


Ya, dulu saya suka mengeluh. Selalu.

Bila teringat balik, oh rugi rugi. Malu seh, ALLAH duk perhati je kita mengeluh. Padahal boleh je dalam kesusahan tu, senyum and feel that ALLAH suka hamba hamba yang penyabar.

Kadang kadang masalah tak besar pun and mungkin few minutes after that dah ada penyelesaian pun. ALLAH nak uji je. Dan untungnyalah siapa yg excel dalam ujian tu :)

'Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah' (74:7)

Nak mengeluh? relax la, lebih baik cakap ALHAMDULILLAH :)

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..


Friday, February 17, 2012

Aku tak layak


Situasi 1:
Orang yang baik, buat baik.

~Dia boleh la. Dia ustaz. Dia badar. Dia dia budak sekolah agama.

Situasi 2:
Orang yang baik, buat jahat.

~Tak tau la apa nak jadi dengan dia tu, tak sedar ke dia tu pakai tudung labuh buat perangai macam tu pulak.

Situasi 3:
Orang yang jahat buat baik

~Jangan percaya sangat dia tu, buang tabiat kot. Nak tunjuk baik konon.

Situasi 4:
Orang yang jahat buat jahat

~Dia tu buat macam mana pun tak jalan gak, dah memang jahat tu jahat jugak.

Dear, ask youself, whats your responsibility? Judging people?
Or just tarik nafas, lepas, buat buat tak tahu apa dah jadi kat depan mata?

Bila orang bagi cadangan, 'eh apa kata kita try tolong dia, mungkin dia tak sedar dia salah'.

Dengan rasa tak ada kena mengena dengan hal orang lain, 'sorry la aku tak perfect nak tegur tegur orang ni'

Oooo..kena tunggu perfect rupanya? Tak nak tolong, tapi suka hukum. Kesian la kat kawan kita yang mungkin terlupa tu.

Nabi Muhammad tak tunggu Quran lengkap turun 23 tahun baru nak sampaikan kat orang. Sahabat, sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Biarla apa orang nak kata, kita nak please ALLAH, bukan diorang kan.

Moga Nabi Muhammad saw berbangga kita jadi umatnya :)

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..