Friday, December 14, 2012

Bila berhenti

'Allah!'

'eh eh eh'

'aaaaaa'

Macam macam bunyi bila kereta meluncur. Aiseh.

'Tak boleh kak. Tak boleh. Yana dah lama tak bawa manual.' Kepala saya duk penuh dengan ketidakbolehan saat tu. Dah lama tak bawa, jadi tak boleh. Full stop.

'Haaa okay je awak bawa tadi. Alhamdulillah. Apa yang tak bolehnya?'

'Okay? Kot ye pun akak nak ambil hati..' Ketawa.

Malam esoknya, saya dengan A kena keluar. Tapi tak tahu nak naik apa. Susah sangat, kami ingat nak naik train je. Ya, nekad nak naik train. Tak nak bawa kereta. Manual. Yang dah lama tak dibawa. Yang disogok dengan rasa ketidakbolehan.

Jadinya, kena settlekan kerja hari tu cepat-cepat then boleh la naik train awal. Perancangan kami.

Kak W: Kak M, marah sikit Yana ni. Dia tak nak bawa kereta manual. Tapi tadi boleh je dia bawa.

Kak M: Anggap je tu satu-satunya kuda perang yang kita ada.

Gulp. Bergaya betul Kak M 'marah'.

Ditakdirkan Allah, perancangan Dia lebih precise. Lebih hebat! Senang cerita, kami habis kerja lewat, jadi kena bawa kereta. Fuhh.

Alhamdulillah. Selamat pergi. Selamat kembali. Aaaah dan perasaan setelah lama berhenti kemudian sambung kembali tu sangat mantopp! Di mana seluruh pergantungan hanya pada Dia. Skill memang out.

Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.

Macam futur di tengah jalan tarbiyyah. Ya, futur. Tergelincir. Saya pernah melaluinya. Tanpa sedar, tengok-tengok dah terkeluar landasan. Apakah? Kurang faham?

Baiklah. Kan dalam tarbiyyah, kita semua beria-ia bersungguh-sungguh bersemangat nak tinggalkan jahiliyyah. Secara istiqamah.Tapi kadang-kadang tanpa sedar 'LILLAH' yang kita canangkan itu sebenarnya JAHILIYYAH besar.

Datang bulatan gembira.
Tapi hati kosong.

Pergi daurah.
Namun hati kering.

Join mukhayyam.
Hati masih kontang.


 Allah. Tapi doa..
Ya Allah, tarbiyyah lah aku.
Ya Allah, pilihlah aku untuk terus di jalan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah aku ghuraba' itu.
tetap keluar dari bibir.

Futur hati. Boleh ke?

Hmm. Luar okay, dalam hati bersarang dengan jahiliyyah. Allah. Dan perasaan tu sangat-sangat lah tak best lagi menyakitkan.

Dan saya sangat-sangat yakin, itu juga tarbiyyah dari Allah. Kuasa memilih siapa untuk terus berada di jalan-Nya itu milik Dia. Bukan kita.

Saat Allah menjentik kembali hati kita dengan hidayah-NYA, subhanallah. Allah. Rasa tu sangat indah. Begitu cantik. Terlampau unik. Menjadi penggerak untuk kita teruskan berjalan, setelah lama berhenti.

Dan di sini. Saya menyambung. Penulisan yang dah lama terhenti. Lama. Sangat lama. Kerana perhentian itu menyesakkan. Saya mahu teruskan.

Bukan menulis untuk menghebahkan apa yang saya buat atau kisah hidup yang biasa-biasa.

Tapi untuk menguar-uarkan ISLAM yang saya bawa dalam hati ini. Untuk menyebar cinta dari-NYA, amanah yang dibawa dengan cinta juga.

Kalau penulisan ini tentang saya, hambarlah jadinya.
Tapi jika tentang Islam, moga ada hati-hati yang bertaut atas nama DIA.
Moga.

Alhamdulillah. Allah lah yang menggerakkan jari-jari ini. Untuk kita tagih cinta-NYA bersama. Biidznillah.

Teruskanlah. Kerana di perhentian itu tidak membawa kita ke mana-mana. Di situ kita hanya melihat orang lalu menuju destinasi yang dituju. Sedang kita juga perlu ke sana tapi masih termangu berhenti kaku.

Bila berhenti, teruskanlah berjalan. Kerana hidayah itu sangat mahal itu kita dapat tanpa buat apa-apa.

Teruskanlah dengan penuh pengharapan. Hanya pada-NYA. InshaAllah.

'Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan rasul, apabila dia menyerukan kepadamu sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.'   
[Al-Anfal, 8:24]  


Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..

 

Sunday, July 22, 2012

Jatuh dan bercinta

Ini kisah Miss BZ (read as 'busy', bukan nama sebenar)

Jumaat | 13072012

Mood: tak sabar nak balik rumah.
Lepas habis kelas, aku lalu dekat notice board. Oh list name untuk interview JJ University, Australia dah keluar (bukan nama sebenar). Tengok list tu dari atas sampai bawah. Tengok lagi.

'Eh, kenapa nama aku tak ada?' 


Kat rumah aku duk terbayang-bayang je. Apasal nama aku tak ada ek?


Hm..tapi aku asyik ingat ayat redha dengan Allah tu je.


'Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah' [9:100]

Tak apa la. Mungkin semalam result IELTS aku pass, yang JJU ni bukan rezeki aku kot.

Isnin | 16072012 


Bila balik kolej je, aku tertanya-tanya balik. Nama aku tercicir ke? Aku pergi jumpa lecturer, last last aku sami'na wa ato'na je. 

Again, aku ingat ayat redha tu balik. Dan aku betul betul minta supaya Allah teguhkan rasa redha ni dalam hati aku.

Ramai kawan kawan datang rumah aku (kat kolej) untuk practise interview. Aku buat macam biasa walaupun dalam hati ni aku tengah struggle untuk redha, jangan rasa apa apa. 

Tapi nak tak nak perasaan 'kenapa nama aku tak tersenarai ye? aku sorang?' kejap kejap muncul. Aku tepis, dia muncul. Berulang kali.


Selasa | 17072012

Hari ni housemate aku pergi interview untuk masuk JJU tu. Dia balik, dia cerita. Aku pun tak kisah, relax je. Tapi, tiba-tiba tersentap bila dia cakap, 

'JJU tak baca pun essay yang kita buat dalam borang tu'


Masa apply JJU tu, kena buat essay. Aku ingatkan pihak JJU justify candidates yang layak based on the essays. Tapi, bila housemate aku cakap camtu, automatically aku terfikir,


'Entah entah nama aku tercicir. aaaaahh'


Rabu | 18072012


Malam tu antara maghrib dengan isya', aku duk surau. Pastu dengar ada kawan yang terus dapat placement kat JJU tu. Patutnya result interview keluar dalam masa 2 weeks, tapi kawan aku ni, FS dapat terus sebab pihak JJU berkenan. Alhamdulillah.


Tapi, soal hati ni. Ya ALLAH.

Macam macam aku fikir. Result AS la, aku nak study kat mana nanti la.


Time solat isya', aku try tenangkan hati. Aku reset niat. Tenang, tenang. Come on BZ, redha!


Lepas isya' aku tengok ramai yang tanya pengalaman interview FS. Aku pun ingat nak join sekali, mungkin ada something yang aku boleh belajar.


Kawan: Eh BZ, camne interview?
Aku: Aku tak dapat la (sambil buat cam biasa)
Kawan: Eh macam mana kau boleh tak dapat. Nama kau tercicir ke?
Aku: Hmm tak pe la, buat tambah sedih aku je. Aku balik dulu.


Dan aku pun sepantas kilat keluar dari surau. Tahan air mata. Keluar pintu, aku naik tangga, masuk rumah kosong atas surau tu. Air mata aku lepas kat situ. Hanya ALLAH yang jadi saksi masa tu. Aku kesat air mata, terus balik rumah aku.


Sampai rumah, aku duduk dekat balkoni. Air mata mengalir lagi sambil baca tafsir quran.

Selak selak aku jumpa 1 ayat,

'..hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.' [12:86]

Allah. Allah. Allah.

Aku sambung menangis. Tapi menangis sambil senyum. Susah nak describe perasaan tu. Aku rasa tenang, ibarat Allah tengah cakap dengan aku, 'betul la apa yang kau buat tu, mengadu kat Aku je'.


Dan aku tak rasa orang lain dapat faham apa yang aku rasa bila jumpa ayat tu. Hmm macam jatuh cinta tau tak. Lebih kot. Ye lebihhh. Susah nak express feeling tu.


Aku menangis lagi. Aku teringat apa yang jadi sepanjang minggu ni. Rupa-rupanya Allah nak tarbiyyah aku dengan ayat ni. Ayat pendek tapi mendalam bagi aku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia kuat kerana pergantungannya pada Yang Maha Kuat

BZ ni kawan saya. Classmate saya. Usrahmate saya. Sepanjang seminggu hati dia berperang tapi depan kawan kawan dia sangat ok. Sangat sangat ceria (walaupun ceria dia lain macam sikit). 


Dia memang tak suka orang tahu dia tak ok. 


Hari khamis, sehari lepas dia menangis sorang sorang tu. Dia cerita kat saya dalam keadaan menahan tangis. Sedaya upaya dia tak nak menangis depan saya. Walaupun dia boleh je nak lepaskan air mata depan saya, bukan ada orang lain.


Dia bukan cerita saja saja. Dia bukan sengaja nak saya tahu dia tengah tak ok. Tapi dia minta saya sampaikan cerita dia melalui penulisan. 



Dia nak orang lain yang mungkin ada masalah macam dia, tahu ke mana untuk disungkurkan wajah.


Dia nak orang lain yang sedang jatuh, rasa betapa bahagianya bila Allah menghulur cinta.


Dia nak share dengan orang lain yang masih rasa tak cukup dengan apa yang ada, yang kita hanya akan rasa cukup bila kita ada Dia.


To sum up, dalam apa jua rasa yang melanda, carilah ALLAH :) Kerana kita tak mampu untuk tidak buat begitu.


Dan saya tak boleh lupa bila dia cakap, 'kesedihan tak dapat JJU tu dah diganti dengan rasa best bila ALLAH bagi kefahaman tentang ayat tu [12: 86]


Saya teringat sabda nabi,


'Barangsiapa Allah nak beri kebaikan padanya, Allah akan beri kefahaman agama' [Bukhari]


Bukan faham di akal, tapi di hati.


BZ, moga kau lebih kuat :)

p/s: perasaan bila dengar dia bercerita live sangat sangat seronok, bagai langit dengan bumi bila dibandingkan dengan penulisan saya. BZ, minta maaf. Saya buat semampu hati ni :)

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..

 

Thursday, July 5, 2012

Ukhuwwah yang cute


'Yana nak pesan apa-apa?'

'Hmm..tak ada kot awak.'

'Alaaa. Betul ke tak nak apa -apa. Murtabak kat pasar sedap tau. Murtabak Din. Hehe.'

Haha. Lawak betul. Sempat dia promote.

'Yeke. Ok la, nak kirim satu.'

'Eh satu mana cukup, yana dengan housemates lagi. Dua la.'

Saya tak tahu kenapa, tapi asyik nak gelak je cakap dengan kawan yang sorang ni. Pendek cerita, dia ambil duit yang saya kirim dengan mulut muncung beserta hidung mancung (ya, hidung dia memang sokmo mancung) 

Tak lama lepas tu, dia ketuk pintu, bagi salam, masuk rumah saya.

'Hai yana.' Letak bungkusan murtabak atas meja makan.

'Selamat buka puasa. Babai yana.' Sedaya upaya nak keluar cepat.

Saya check dalam plastik, ada not duit yang saya bagi. Aisehhh. Menjerit saya panggil, dia dah turun tangga sambil balas jeritan, 

'Yana, izinkan la sayaaaaaa...'

Hahaha. Haishh. comel kan kawan saya tu. 


Ada kawan..


Bila kita cakap teringin makan spageti, esok dia masakkan. bolognese lagi tu.
Bila kita cakap rindu nak tengok dia pakai tudung XX, esok dia akan pakai walaupun tak match dengan baju.
Bila kita cakap kita teringin beli YY bila elaun dah masuk, esok YY tu dah ada atas meja.


Actually. Mereka bukan la kawan. Tapi saudara. Bonded by aqeedah.


Bukan buat sesuatu sebab kawan tu, tapi kerana Allah. Itu yang indah. Selagi tak langgar syariat, selagi itu yang Allah nak kita buat untuk kawan, yes we will.

Tapi dalam berbaik baik, hakikatnya kita berlumba. Yes, we are finghting for..

video

  
*Minggu ni saya ditarbiyyah dengan satu hakikat. Bila seorang teman buat kita hilang sabar, ada ramai lagi teman lain yang cuba bersabar dengan kita.

**Kalau bercerita pasal ukhuwwah, sampai hujung nyawa takkan tamat.

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..

Monday, June 18, 2012

Imanku bukan potato

During boiling process..

'Dah lembut dah tu'

'Hmm tapi kawan adik buat hari tu lagi lembut. Macam KFC wedges'

'Nanti nak goreng kan? time goreng pun dia makin lembut.'

Aaaa saya takut analogi ni. Kalau kentang tu iman saya. Lagi lagi time cuti kat rumah ni. Tenggelam sikit dalam jahiliyyah, dah tak kental. 


So untuk menenangkan hati yang gundah gulana, saya pujuk hati.

'Tak, tak. potato tu bukan iman kau. tapi karat jahiliyyah yg masih berprecipitate kat dasar hati. dah jadi wedges, makan dia, digest, buang!'

Haha ;D

Selamat berenang meninggalkan pulau jahiliyyah ke pulau indah deen islam ;)

p/s: muah muah to my expert chef A and chef F. i'm sorry the supposedly my first-try-wedges ended up as shown above or it simple name 'kentang goreng'. :(

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..

Tuesday, April 17, 2012

Ukhuwwah bukan friendship


Kita kawan kan?

Frankly saya tak ingat macam mana saya boleh 'ngam' dengan classmates.

Yang saya tau, Memang ALLAH tak bagi sedebuk camtu je terus kamcing, rapat, makan kongsi pinggan. Tak, tak. It took time :)

Itu kisah friendship.

Kawan..

sebab dia housemates/classmates.

sebab dia baik.

sebab dia tak banyak songeh.

Kawan sebab dia.

Tapi lepas berkenalan dengan tarbiyyah (ni bukan nama orang), saya kawan dengan dorang kerana DIA, bukan dia.

Manis kan?



Dulu...

kawan terasa merajuk tak puas hati, buat selamba je. Susah sangat nak cakap, 'sorry ya?' walaupun dalam hati berperang, 'nak minta maaf ke tak, nak minta maaf ke tak', last last..

ahh lama lama baik la dia tu.

dia tak ada, kawan lain ramai lagi.

bukan salah aku je, dia pun salah gak. takkan aku je minta maaf, ahhh.

Itu kalau kita kawan kerana dia.

Tapi bila kawan kerana DIA ni,

kawan tersentuh tersinggung kecil hati, hati confirm tak tenang. bukan sebab risau dengan dia. tapi relation kita dengan ALLAH. kan kita kawan sebab ALLAH kan.

'Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'
[Bukhari dan Muslim]


'sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat'
[49:10]


Kita bukan nak berkawan dekat sini ja, tapi nak jadi saksi depan ALLAH, 'ya ALLAH, aku dan sahabatku ini sama sama menegakkan agamaMU'. Kita nak ukhuwwah ni sampai jannah kan? sampai jumpa ALLAH kan?

InsyaALLAH kawan saya ada yang akan fly ke NZ/Aussie/Czech/Poland. Ya kami akan berpisah, but we are bonded by aqidah :) thats ukhuwwah!

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..


Friday, April 13, 2012

Kita kawan kan?


Kalau kita mengeluh,
'Huh susah la'

Ada macam macam respon yang kita boleh dapat,

Si A:
Tu la kau, manja beno. buat sikit dah susah, buat tu susah buat ni susah. apa yang senang?

Si B:
'...' [buat tak dengar]

Si C:
Apa yang susahnya? try la lagi.

Si D:
Kalau susah, mesti ada senangnya. Kalau kau susah, apa gunanya Allah jadikan aku kawan kau. loser la aku kalau tak tolong kau kan.

Hah, pilih. korang nak kawan yang macam mana.


TAPI...

Sebelum PILIH kawan yang macam mana kita nak, DECIDE kawan yang macam mana kita perlu jadi untuk LAYAK dapat kawan macam tu.

Mungkin kita akan dapat pakej kawan A B C D sekaligus.

Mungkin kawan kita akan jadi D dengan orang lain tapi bila dengan kita dia jadi B. Mesti ada something wrong somewhere tu. Pening?

Saya memang jenis yang susah untuk initiate friendship.

Bayangkan la betapa huru haranya perasaan masa baru baru masuk kolej. Tak ada kawan. Saya pun bukan jenis orang yang orang lain akan berminat untuk kawan.haha

Tapi kan..ALHAMDULILLAH, Allah dah susun cantik.

mula mula Allah bagi housemates yang tip top.kali pertama masuk rumah tu, (saya masuk lewat 2 minggu dari housemates yang lain)
serius saya rasa..hmm susah pula nak describe perasaan tu. tapi dorang betul betul meraikan pendatang baru ni :D rasa kekok tu kejap je hilang.

Awak, awak, awak. Terima kasih :)

Tapi dengan classmates tak kamcing lagi ni. Dengan perempuan tau! (kalau dengan lelaki, sampai sekarang, ada urusan rasmi yang darurat je bercakap).

For the first 4 months, kalau tak silap saya tiap2 kali balik lab je mengalir air mata. Orang lain tak nampak, ALLAH je nampak ;) bukan sebab lab tu susah (lab tu tak senang :D tapi saya bukan menangis sebab lab), tapi sebab saya tak dapat cope dengan classmates and it was obvious during lab T_T


To be continued.. (rasa nak nangis pulak.huhu)

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..


Thursday, March 22, 2012

Boyfriend I nak bagi..

..seketul teddy bear.

..se-lip-lap cincin permata tak ori.

..topup 5 hengget.

Ok fine.

Tau tak, tengah baca surat cinta Kekasih Pertama, saya dapat offer lagi best. Memang infinity la excitement tu.

Eh jangan risau jangan jealous. Sebenarnya offer tu untuk kita semua :)

'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa,' [3: 133]


Luaaaaaasss.

Langit + Bumi.

Weh tell me, mana nak dapat lagi? Siapa lagi yang mampu bagi. Setakat topup cincin teddy bear tu, alahai macam kuman je kot. Kan?

Tapi untuk dapat reward besar macam tu, effort pun kena la the best that we can kan?

Allah dah listkan dah, hah siapa yang nak, buat macam ni macam ni macam ni. Kira macam nak exam, lecturer bagi soalan ramalan, masuk chapter ni chapter ni chapter ni.

Agak agak kita terlebih rajin tak nak study chapter lain dan tak pedulikan chapter ramalan yang lecturer bagi tu?

Tapi ni Allah yang janji weh. Subhanallah.

~infak waktu lapang atau sempit
~tahan marah

~maafkan kesalahan orang lain


Senang tak?

Air mata saya mengalir masa baca ayat ni. Sebab masa tu saya tengah diuji untuk 'tahan marah, maafkan orang lain'.

Ya Allah. Bukan senang. Tapi bila kita dapat buat apa yang Allah suruh tu, Subhanallah, tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Indah.

Imagine la kalau korang dapat trip percuma ke Europe untuk sebulan. Waaa melompat lompat la en.

Tapi ni bukan setakat Europe, nah amik langit dan bumi. Bukan hanya untuk beberapa bulan atau tahun tapi selama-lamanya.

Dalam ukhwah, yang sana tersentuh, yang sini terasa.

'Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah,' [74:7]

Sebelum terasa, kita perlu menjaga :)

MENGEJAR JANNAH ABADI

INNALLAHA MA'ANA