Saturday, January 28, 2012

Emak


Emak cakap,

'kesian adik balik rumah cuti ni mak tak masak special pun'

Tapi masa emak cakap tu, emak baru lepas buat choc moist cake.

Saya pun terpinga-pinga.

Hmm. Patut la ALLAH angkat darjat seorang ibu tu tinggi kan.

Tak boleh jadi ni. Kalau emak jadi ibu mithali, saya nak jadi anak solehah :)

Tapi ada pula orang cakap, 'mak bapak aku tak mithali, habis tu camne?'

Eh nak jadi anak solehah kan bukan kat pandangan parents tapi Pemilik Hati parents kita. DIA yang suruh kita be good to our parents, thats why la kita WAJIB buat :)

Tak kisah la mithali atau tak mak ayah kita tu, kita tetap nak jadi anak solehah :)


'Show gratitude to ME and to your parents. To ME is (your final) goal' [Luqman: 34]

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..



Friday, January 27, 2012

Tak murah sebab mahal


Hari tu (jangan tanya hari apa :D), saya ronda jalan TAR. Ok la, macam biasa, sesat. Pergi dan balik.

Berita baik, saya bukan nak cerita 'kesesatan' saya seorang diri tu ;D

Masa lintas bazar, saya dah terpandang A (A ni barang, bukan orang). Minat, rasa nak beli sebab nak replace yang lama. Tapi, dah pegang, saya letak balik.

Sebab ada tag PRADA. huu prada u!

Memang untung. Mana nak dapat prada harga camtu weh. Tapi, tapiii kita tau dia bukan prada kan. Hah kan dah pening.

Macam orang.

Ada orang yang dalam kosong tapi luar nak nampak macam 'aku tau tu, aku tau ni'. Nak orang respect macam, 'eh budak tu mesti baik alim pandai'.

Nak orang nampak. Nak orang judge. Nak orang puji. Lepas tu? KEMBANG. tapi yang kembang tu EGO. Hakikatnya, 'dalam' tu masih kosong.

Ganas ke ayat saya ni? Sorry, tapi kalau saya salah, boleh hentam dengan hikmah (hentam pun boleh berhikmah? :D)

Macam A tu la. Memang orang NAMPAK dia prada, tapi orang yang ambil tahu, TAHU dia bukan prada.

Memang kita boleh NAMPAK baik alim pandai depan semua orang, tapi ALLAH YANG MAHA TAHU, tahu apa status hati kita.

Please, jangan takut dengan jugdement orang lain sebab dorang pun will be judged by HIM sama je macam kita. ALLAH kan adil. So, don't worry, buat je semuanya kerana ALLAH ;)

Nampak tak dua orang makhluk yang insyaALLAH ALLAH sayang tu? :)

Sorang berjubah, sorang lagi pakai sweater.

Ramai yang tengok, dan ada yang kata,

'eh asal jog pakai jubah?dia tu bla bla bla'
'cuaca elok cam biasa kenapa nak pakai sweater?dia tu ingat bla bla bla'

Ada dorang kisah? Kita hidup bukan lama untuk habiskan masa duk pening kepala fikir apa orang kata. Lagipun kita bukan hidup untuk orangorang tu.

Saya letak balik A tu sebab, 'kenapa perlu prada sedangkan dia bukan prada?'

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..