Thursday, March 22, 2012

Boyfriend I nak bagi..

..seketul teddy bear.

..se-lip-lap cincin permata tak ori.

..topup 5 hengget.

Ok fine.

Tau tak, tengah baca surat cinta Kekasih Pertama, saya dapat offer lagi best. Memang infinity la excitement tu.

Eh jangan risau jangan jealous. Sebenarnya offer tu untuk kita semua :)

'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa,' [3: 133]


Luaaaaaasss.

Langit + Bumi.

Weh tell me, mana nak dapat lagi? Siapa lagi yang mampu bagi. Setakat topup cincin teddy bear tu, alahai macam kuman je kot. Kan?

Tapi untuk dapat reward besar macam tu, effort pun kena la the best that we can kan?

Allah dah listkan dah, hah siapa yang nak, buat macam ni macam ni macam ni. Kira macam nak exam, lecturer bagi soalan ramalan, masuk chapter ni chapter ni chapter ni.

Agak agak kita terlebih rajin tak nak study chapter lain dan tak pedulikan chapter ramalan yang lecturer bagi tu?

Tapi ni Allah yang janji weh. Subhanallah.

~infak waktu lapang atau sempit
~tahan marah

~maafkan kesalahan orang lain


Senang tak?

Air mata saya mengalir masa baca ayat ni. Sebab masa tu saya tengah diuji untuk 'tahan marah, maafkan orang lain'.

Ya Allah. Bukan senang. Tapi bila kita dapat buat apa yang Allah suruh tu, Subhanallah, tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Indah.

Imagine la kalau korang dapat trip percuma ke Europe untuk sebulan. Waaa melompat lompat la en.

Tapi ni bukan setakat Europe, nah amik langit dan bumi. Bukan hanya untuk beberapa bulan atau tahun tapi selama-lamanya.

Dalam ukhwah, yang sana tersentuh, yang sini terasa.

'Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah,' [74:7]

Sebelum terasa, kita perlu menjaga :)

MENGEJAR JANNAH ABADI

INNALLAHA MA'ANA


Sunday, March 18, 2012

Tiket saya


Kisah Cik YY.

Cik YY ni nak balik kampung, cuti sebulan. Fuh dia punya semangat, dah tempat tiket flight awal awal lagi.

Tapi duk sibuk dengan kerja, dia tak sedar flight dia esok. Dengan serba tak lengkapnya, sok tu dia pi la airport. Tengah duk kalut terlambat, tiket pulak tak jumpa. aishhh, tertinggal rupanya!

Haru betul. Beli tiket mahal mahal, untuk cuti sebulan tapi.. hmm babai airplane :(

Boleh jadi je Cik YY tu kita kan?

Semalam disoal.

'Apa tiket ke syurga?'

Ramai yang jawab,
-kalimah shahadah
-jadi orang Islam

'Kalau dah mengucap dua kalimah shahadah, dah jadi orang Islam, bertahun tahun lagi tu tapi sepanjang tempoh bertahun tahun tu tak 'bawa bersama' pun erti shahadah dan islam dalam hidup, do you think you are allowed to enter the heaven?'

Hmm.tiket dah tertinggal, macam mana nak masuk?

Sanggup ke babai syurga?kalau tak ke syurga, ke mana lagi selain neraka?

Guys, jom kita sama sama melangkah dengan islam, bernafas dengan shahadah, berdiri dengan sedar bahawa we are moslem :) bawalah tiket tu ke mana mana. Islam is not only at mosque or musolla.it is in our heart.

Ada seorang hamba Allah ni cakap, 'kalau boleh tengok cell kita under microscope, make sure that each of the cell is labelled 'ISLAM'.

'Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan...' [2:208]

p/s: kalau dah couple, takkan ada couple islamic kecuali sebelumnya didahulukan dengan akad. yang haq takkan sesekali bercampur dengan batil. syurga tak mungkin bergabung dengan neraka.

MENGEJAR JANNAH ABADI..

INNALLAHA MA'ANA..