Friday, December 14, 2012

Bila berhenti

'Allah!'

'eh eh eh'

'aaaaaa'

Macam macam bunyi bila kereta meluncur. Aiseh.

'Tak boleh kak. Tak boleh. Yana dah lama tak bawa manual.' Kepala saya duk penuh dengan ketidakbolehan saat tu. Dah lama tak bawa, jadi tak boleh. Full stop.

'Haaa okay je awak bawa tadi. Alhamdulillah. Apa yang tak bolehnya?'

'Okay? Kot ye pun akak nak ambil hati..' Ketawa.

Malam esoknya, saya dengan A kena keluar. Tapi tak tahu nak naik apa. Susah sangat, kami ingat nak naik train je. Ya, nekad nak naik train. Tak nak bawa kereta. Manual. Yang dah lama tak dibawa. Yang disogok dengan rasa ketidakbolehan.

Jadinya, kena settlekan kerja hari tu cepat-cepat then boleh la naik train awal. Perancangan kami.

Kak W: Kak M, marah sikit Yana ni. Dia tak nak bawa kereta manual. Tapi tadi boleh je dia bawa.

Kak M: Anggap je tu satu-satunya kuda perang yang kita ada.

Gulp. Bergaya betul Kak M 'marah'.

Ditakdirkan Allah, perancangan Dia lebih precise. Lebih hebat! Senang cerita, kami habis kerja lewat, jadi kena bawa kereta. Fuhh.

Alhamdulillah. Selamat pergi. Selamat kembali. Aaaah dan perasaan setelah lama berhenti kemudian sambung kembali tu sangat mantopp! Di mana seluruh pergantungan hanya pada Dia. Skill memang out.

Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.

Macam futur di tengah jalan tarbiyyah. Ya, futur. Tergelincir. Saya pernah melaluinya. Tanpa sedar, tengok-tengok dah terkeluar landasan. Apakah? Kurang faham?

Baiklah. Kan dalam tarbiyyah, kita semua beria-ia bersungguh-sungguh bersemangat nak tinggalkan jahiliyyah. Secara istiqamah.Tapi kadang-kadang tanpa sedar 'LILLAH' yang kita canangkan itu sebenarnya JAHILIYYAH besar.

Datang bulatan gembira.
Tapi hati kosong.

Pergi daurah.
Namun hati kering.

Join mukhayyam.
Hati masih kontang.


 Allah. Tapi doa..
Ya Allah, tarbiyyah lah aku.
Ya Allah, pilihlah aku untuk terus di jalan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah aku ghuraba' itu.
tetap keluar dari bibir.

Futur hati. Boleh ke?

Hmm. Luar okay, dalam hati bersarang dengan jahiliyyah. Allah. Dan perasaan tu sangat-sangat lah tak best lagi menyakitkan.

Dan saya sangat-sangat yakin, itu juga tarbiyyah dari Allah. Kuasa memilih siapa untuk terus berada di jalan-Nya itu milik Dia. Bukan kita.

Saat Allah menjentik kembali hati kita dengan hidayah-NYA, subhanallah. Allah. Rasa tu sangat indah. Begitu cantik. Terlampau unik. Menjadi penggerak untuk kita teruskan berjalan, setelah lama berhenti.

Dan di sini. Saya menyambung. Penulisan yang dah lama terhenti. Lama. Sangat lama. Kerana perhentian itu menyesakkan. Saya mahu teruskan.

Bukan menulis untuk menghebahkan apa yang saya buat atau kisah hidup yang biasa-biasa.

Tapi untuk menguar-uarkan ISLAM yang saya bawa dalam hati ini. Untuk menyebar cinta dari-NYA, amanah yang dibawa dengan cinta juga.

Kalau penulisan ini tentang saya, hambarlah jadinya.
Tapi jika tentang Islam, moga ada hati-hati yang bertaut atas nama DIA.
Moga.

Alhamdulillah. Allah lah yang menggerakkan jari-jari ini. Untuk kita tagih cinta-NYA bersama. Biidznillah.

Teruskanlah. Kerana di perhentian itu tidak membawa kita ke mana-mana. Di situ kita hanya melihat orang lalu menuju destinasi yang dituju. Sedang kita juga perlu ke sana tapi masih termangu berhenti kaku.

Bila berhenti, teruskanlah berjalan. Kerana hidayah itu sangat mahal itu kita dapat tanpa buat apa-apa.

Teruskanlah dengan penuh pengharapan. Hanya pada-NYA. InshaAllah.

'Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan rasul, apabila dia menyerukan kepadamu sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.'   
[Al-Anfal, 8:24]  


Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..

 

No comments: