Monday, January 21, 2013

Bertemu..siapa sangka?


Saya duduk bersandar. Pening. Rasa nak muntah pun ada. Mungkin penangan memecut kereta dek nak kejar masa.

Orang kat sebelah saya sibuk menulis. Sekejap tekan kalkulator. Lepas tu duk putar pen. Saya tak kenal dia. Tak pernah nampak atau jumpa kat mana-mana.

Terdetik juga dalam hati, 'entah-entah dia orangnya'

Ahh. Tapi saya belum sedia lagi nak menyapa. Pejam mata. 'Ya Allah, hilangkanlah pening di kepala ni. Biar tak terganggu pertemuan pertama ni'

Subhanallah. Dialah orangnya. Dah lama kami start texting. Dah berjumpa, memang lain feelnya. Bersalam. Peluk-peluk. Cium pipi. Eh? Hishh..rasa dalam hati tu yang..hmm awesome!

Malam tu berbual panjang.

Saya ingat kata-katanya,

"Saya nak further oversea sebab orang cakap senang nak faham Islam. Dulu saya teruk kak. Faham-faham je la kak, budak sekolah sukan. Pakai tudung pun angkat-angkat gituh je (sambil tangan kirin di hayun ke bahu kanan dan tangan kanan di letak di bahu kiri)."

"Then masuk MRSM tiba-tiba environment kat situ macam islamic.Ada ma'thurat lah yang I had no idea at all apakah ma'thurat ni."

"Sekarang saya nak terus cari. Harap-harap dapat la. Mungkin kat negara orang."

Allah. Allah. Allah.

Dia pelajar chemical engineering. Nak terbang ke US. Kenapa dia tak cakap dia nak further oversea sebab

~ nak jadi one of anak Melayu yang study kat top Uni in US
~ nak kerja kat sana after grad. gaji banyak!
~ nampak gempak belajar kat negara omputih. haishh

Kenapa?

Tapi dia mahu sebab nak belajar Islam dengan lebih jelas?

Siapa sangka..
 Allah pilih seorang yang dulunya pakai tudung atas dada untuk bawa agama Dia?

Siapa sangka..
 Allah pick orang yang baca quran merangkak-rangkak untuk lebih kenal Dia? lalu diberikan kefahaman agama?

Siapa sangka..
 Allah pertemukan budak sekolah sukan dengan budak anti padang untuk mentadabbur ayat Dia? Surat cinta yang sama?

Siapa sangka?

Dan pertemuan ini saya sangat yakin bukanlah satu yang Allah takdirkan sia-sia.

Lain rasanya pertemuan di alam nyata dibandingkan dengan alam maya. Bila berhadapan..subhanallah!

Cubalah..
Keluar dan bertemulah dengan orang-orang yang sedang sama-sama ingin berubah ke arah-NYA.

Mintalah
Dikurniakan rasa yang mendekatkan kita pada-NYA.

Bertemu..siapa sangka?
Moga pertemuan kerana Dia menjadi alasan untuk ke syurga berjumpa-NYA.
Fi jannati zumara. In shaa Allah :)

Siapa juga yakin dan jamin akan terus tsabat di jalan ini? Siapa? Dan moga orang-orang yang kita pernah jumpa walau seminit cuma, dapat menarik kembali kalau tergelincir itu menjadi rencah perjalanan ini :)

 “Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling ziarah-menziarahi kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku.” [hadith qudsi]

Wallahu a'lam.

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..              

Tuesday, January 15, 2013

Berubah..payah?


I found this..

"Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yg berubah kepada Allah s.w.t kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti dia akan BAHAGIA."

Saya, awak..kita semua sedang buat perubahan. Baik kecil atau besar. Baik panas bersemangat atau hangat-hangat tahi ayam. Kita mahu berubah. Dan kita memang rasa, perubahan tu SUSAH! 

Benda dah jadi tabiat tiba-tiba nak tinggal. Huh siapa yang tak rasa susah maknanya..hmm agak-agak betul ke tengah berubah?

But one thing is..sakit tu kejap je. Manis yang panjang tu. Sampai akhirat woooo! Tak nak? Tinggal drama korea, dapat bidadari syurga. Pehh..tak terbayang!

Teringat kata-kata seorang sister ni, 
"kalau lah syurga tak dapat memotivasikan kita untuk berubah, apa lagi?"   

Gulp.

Ada orang dulu tidak bertudung sekarang dah jadi mu'allimah sekolah tarbiyyah lagi tu.

Ada orang dulu couple kemain lagi tapi sekarang jadi doktor berwibawa bila ada masa senggang datang bagi pengisian kat adik-adik. Masa senggang ye bukan masa cuti 2 3 hari.

Ada orang peminat tegar korea sekarang tak sempat tengok TV berprogram sana sini sambil selit video-video osem APG dan boikot untuk palestin.

Ya dari dulu..kita berubah kepada sekarang. Dan sekarang kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada untuk betul-betul berubah kepada DIA dan bersedia untuk berkata di hadapan Allah, "Ya Allah, aku dah settlekan kerja aku kat dunia!" dengan bangganya.

T.T

Janji kita usaha! Oyeaaaaah ;)

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mu'min. Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."
[Al-Isra' 17:29]

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..