Tuesday, January 15, 2013

Berubah..payah?


I found this..

"Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yg berubah kepada Allah s.w.t kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti dia akan BAHAGIA."

Saya, awak..kita semua sedang buat perubahan. Baik kecil atau besar. Baik panas bersemangat atau hangat-hangat tahi ayam. Kita mahu berubah. Dan kita memang rasa, perubahan tu SUSAH! 

Benda dah jadi tabiat tiba-tiba nak tinggal. Huh siapa yang tak rasa susah maknanya..hmm agak-agak betul ke tengah berubah?

But one thing is..sakit tu kejap je. Manis yang panjang tu. Sampai akhirat woooo! Tak nak? Tinggal drama korea, dapat bidadari syurga. Pehh..tak terbayang!

Teringat kata-kata seorang sister ni, 
"kalau lah syurga tak dapat memotivasikan kita untuk berubah, apa lagi?"   

Gulp.

Ada orang dulu tidak bertudung sekarang dah jadi mu'allimah sekolah tarbiyyah lagi tu.

Ada orang dulu couple kemain lagi tapi sekarang jadi doktor berwibawa bila ada masa senggang datang bagi pengisian kat adik-adik. Masa senggang ye bukan masa cuti 2 3 hari.

Ada orang peminat tegar korea sekarang tak sempat tengok TV berprogram sana sini sambil selit video-video osem APG dan boikot untuk palestin.

Ya dari dulu..kita berubah kepada sekarang. Dan sekarang kita tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada untuk betul-betul berubah kepada DIA dan bersedia untuk berkata di hadapan Allah, "Ya Allah, aku dah settlekan kerja aku kat dunia!" dengan bangganya.

T.T

Janji kita usaha! Oyeaaaaah ;)

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mu'min. Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."
[Al-Isra' 17:29]

Mengejar jannah abadi..

Innallaha ma'ana..

        

No comments: